Dec 22, 2010

Teruruskah jika mempunyai blog lebih dari satu?

Sebenarnya, saya pernah membuat entri mengenai mempunyai blog lebih dari satu ni, kalau nak baca, leh klik sini..

Akhirnya saya pasrah, saya perlu membuat satu lagi blog, tapi kali ni blog ini akan dijadikan blog utama kami.. Kat sini akan diceritakan mengenai semua yang berlaku sekitar kehidupan kami dan juga a little bit about the world.. Termasuklah cerita ceriti mengenai anak-anak kami akan turut dimuatkan di sini.. Pendek kata semualah kat sini kecuali entri join conway, yang tu akan dibuat di blog lama iaitu di Ma Belle Conway (yang dulu dikenali as Ma Belle Histoire)..
Persoalannya, mampukah untuk handle banyak blog nih? Hehehe..soalan cepu mas tu.. Oleh kerana entri2 dalam blog my precious dan blog parenting (yang mana sesuai dan perlu) akan dimuatkan dalam blog ni, insyaAllah, rasanya dapatlah handle 2 blog ni saja, cumanya kekerapan tu tak pastilah.. Ikut mood dan idea yang datang..

Cumernya, saya tidak dapat nak berblogwalking sampai lebam dan kaw-kaw macam dolu-dolu, yang pasti, yang mana meninggalkan jejak di kotak komen, dapatlah saya membalas kunjungan bezanya cepat atau lambat sahaja, sebabnya mesej tu kekal di situ.. Yang mana tinggal jejak di shoutbox tu, kalau berkesempatan dan tidak terlepas pandang, saya akan memberi kunjungan balas.. Kalau terlepas tu, saya minta maaf banyak-banyak kay..

credit
 Kalau ikutkan saya takmo letak kotak shoutbox (padahal skang tak letak lagi..hehehehe), coz saya takut kalau-kalau saya tak dapat membalas setiap kunjungan.. Maklumlah, rasa cam tak best dan serba salah pulak kalau tak dapat membalas kunjungan.. Tapi, oleh kerana saya dah maklumkan awal2 sekiranya mahu saya membalas kunjungan uols, tinggal aje jejak uols di kotak komen, akhirnya saya buat keputusan untuk letak juga.. Coz pada saya, kotak shoutbox tu bukan setakat untuk mendapat trafik dari empunya blog, tapi mungkin pengunjung2 yang lain..

Berbalik pada topik, (hehehe..termelencong sekejap..), cemana uols handle banyak blog ek? Kalau ikutkan, saya buat blog khas untuk join conway ni, supaya dapat join banyak2 conway, walaupun duenya lambat lagi. Takdelah macam sebelum ni, bila nak dekat due, baru dapat join sebab nak seimbangkan entri conway dengan entri repekan.. Kekononnya takmolah bagi nampak banyak sangat entri conway.. Tapi setelah 2 hari buat blog baru ni, still tak sempat juga nak buat entri join conway sebab duk busy godek-godek blog baru.. Mana nak buat entri kat blog repekan lagi.. Uols buat cemana ek?

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Antara Nuffnang, Mangga, Innity dan Advertlets..

Ada lagi ke pengiklan-pengiklan lain yang boleh dipasang kat blog ek? Maklumlah, saya baru je berjinak-jinak dengan alam blog nih, masih banyak lagi yang belum saya ketahui. 4 jenis advertising nih yang pernah saya dengar, tapi yang selalu dengarnya adalah Nuffnang sahaja..

Kalaulah ada yang pernah memasang ads selain Nuffnang, bolehlah memberikan pendapat kat sini.. Antara 4 ni, ataupun yang uols tahu, yang mana lagi masyuk earningnya? Atau lebih tepat lagi, yang mana lebih sesuai untuk blog yang baru nak menapak, means trafiknya takdelah sampai 50 UV pon sehari?

credit
Yang saya tau, betulkan sekiranya silap, Innity tu ada minimum trafik kan baru boleh register.. Pastu, kesemua ads ni ada 2 jenis iklan jugak ke macam Nuffnang, which is kempen yang berklik dan kempen tanpa klik?

Kalau sudi, berilah link-link blog yang banyak menceritakan mengenai kesemua jenis advertising company ni. Antara yang saya tahu adalah blog Aried. Tapi tak sempat nak godek-godek lagi. Cadangnya, sebelum saya registerkan blog ini dengan Nuffnang, naklah jugak mencuba ads yang lain. Boleh buat perbandingan, tapi taktau nak pilih Mangga ke Advertlets (kalau Innity takde minimum trafik nak jugak try..hehehe)

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...