Feb 18, 2011

Lucky & Lucky & Lucky lagi..ngeee

Hehehe..sila abaikan tajuk yang ntahapeape itu.. Nak letak Triple Lucky, tapi sebab dah pernah guna jadi cam tak syok nak guna lagi.. Dan takde maksud untuk menunjuk ke hape, sebabnya me ni jarang sesangat lucky, kekadang aje ade luck dalam cabutan bertuah ni..

1st sekali, me terperasan mesej dari Aanie aka Mama Adam yang gitau me bertuah dalam 1st Giveaway Kami Melita.. Yeayy, thanks dear coz maklumkan pada me.. Muahss!! Terima kasih juga buat hubby Ieta yang telah mencabut nombor dan nama me.. Thanks juga buat Ieta coz sudi anjurkan ga ni, agaknya apelah hadiah yang bakal diterima? Ngee.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain especially Mama Adam yang menang 1st prize..


Kalau nak tau, Ieta ni pon suka join contest dan giveaway.. Welcome to the club dear.. Memang seronok join conway ni, lagi seronok kalau menang..ngee.. Jom berkenalan dengan Ieta di Contest Puan Ieta..

Keduanya, me terperasan mesej dari kak Fadz & penganjur Senang & Menang with Puteri Katek yang me bertuah dalam giveaway ini.. Thanks to both of you coz sudi maklumkan pada me.. Muahss berbijik-bijik.. Thanks juga buat Puteri Katek di atas hadiah frame yang comel tu.. Tahniah juga buat nanakimie dan bakal pemenang yang lain..


Kalau nak tahu, blog Puteri Katek pernah di'feature'kan dalam blog BA..Ha, jangan tak tau..hehehe.. Mesti ada yang tertanya-tanya apakah maksud katek tu kan? Kalau nak tahu, jomlah bertanya kat empunya blog Puteri Katek..

Last sekali, tak sangka tekaan me mengena untuk Working Anniversary GA yang dianjurkan oleh Puan Stoberi. Thanks dear for the lovely brooch.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain.. Rasanya semua dah kenal ngan Puan Stoberi aka Reen yang glamer dengan trademark entrynya mesti bermula dengan PASAL.. Hehehe.. Tapi jangan salah sangka, Reen bukan suka cari pasal tau.. Baik orangnya ni.. Jom berkenalan dengan Reen di blognya, Dunia PuanStoberi..




Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 17, 2011

Part 3 | Lagi pasal LIVING EXPENSES di Swiss

Sebelum saya bercerita lebey panjang, entri Kami & Swiss | Nak Tau Living Cost dirujuk, ok, sila rujuk dahulu.. Saya tunggu uols sebelum bercerita..hehhe.. Ok, dah siap baca? Sungguh tak aci kalau saya tak gitau yang harga sewa rumah tu merangkumi elektrik, air dan internet yang lajunya 5Mb/s (uols kalau nak cek internet speedtest leh gi website http://www.speedtest.net/)

itulah apt. kami..ni view dari EPFL

Dan rumah ini dilengkapi dengan microwave, dishwasher (yang ni paling best, agak h'over' tak kalau balik Malaysia nanti nak cari dishwasher satu..ahakss..mau bil letrik riban-riban nanti), oven, peti ais macam saya gitau kat entri Our New House ni.. Tapii..ha, ada tapinya.. Saya lupa yang rate CHF1440 = RM4533 (CHF1=RM3.15) itu adalah rate spesel untuk student, kalau ikutkan rate asal lebey CHF2K..hohoho..

masa awal-awal pindah.. Zahra masih kecik lagi..

Habis part rumah, saya nak clarify pasal transport di Swiss ni.. Actually ada half fare card tau, card ni boleh guna untuk train, metro, kapal dan apa-apa ajelah pengangkutan awam kat Swiss ni under company yang sama except teksi. Normally uols dapat 50% off dari harga tiket sebenar tak kiralah uols nak duk 1st class or 2nd class. Sesapa je pon boleh beli di mana-mana kaunter train station. So kalau uols datang sini let say seminggu ke, dan nak berjimba-jimba secara sakan, belilah half fare card ni, memang berbaloi-baloi.. Nak tau maklumat lanjut leh layari http://www.sbb.ch/en/.

dalam train, 2nd class..

Pastu, saya nak share pasal health insurans pula.. Saya rasa kat mana-mana negara maju memang mahal insurans kan, tapi rasanya Swiss ni antara yang  termahal. Kesnya bila Mr. Hadi hantar borang kat IPT, depa terkejut, mahal seihh compare ngan tempat-tempat lain yang diorang pernah proses, padahal ni adalah pakej yang paling murah, untuk student rate..hohoho..  Tapi sebab insurans ditanggung, tak rasa sangatla..ngee.. 

Tapi yang tak bestnya, untuk dewasa, kalau kita gi klinik or beli ubat, kita still kena bayar sehinggalah jumlah rawatan per year melebihi CHF300, then baru boleh claim dengan insurans company..huhu.. Tapi untuk Swiss citizen, diorang free coz mungkin sebab diorang guna pakej standard which is yang mahal gilass.. Untuk bayi dan kanak-kanak (tak sure sampai umur berapa) pulak, hanya perlu bayar 10% dari jumlah rawatan..hohoho.. 

Swisscare adalah insurans untuk student

Part health, klinik dan rawatan ni yang buat saya jeles betul ngan Mama Zharfan, fa10 orang2 kat UK, diorang free je untuk kos rawatan ni..huhuhu.. Takpela, rezeki masing-masing kan.. Cumanya kat sini dapat child allowance..hehhe, sekurang-kurangnya dapatlah jugak cover kos rawatan untuk Zahra..( Budak kan selalu kena check up, satu check up biasa dalam CHF100++ gitewww)

Every year, kena renew permit for each member.. Yer, kat Swiss ni lain sikit, ada permit nak kena renew every year, nak kena bayar CHF90 untuk dewasa, CHF60 (i think..tak surela..ngee) untuk kanak-kanak.. Yang ni guna duit sendiri, tak leh claim (or Mr Hadi tak pernah tanya ek..agagaga..) Ni bukan tax tau, tax lain pulak.. Pasal tax me dunno..wahahha.. Maklumlah, tak keje kan, malas nak ambil tau..ngee.. 

credit

Lagi, ape ek? Ermm, saya sambung nantilah pulak.. Mungkin mengenai ke'best'an duk sini pulak.. Asyik pasal living cost je, abes berkerut dahi uols, tak pasal-pasal ada kedut..wahaha.. Choww..


Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...