Aug 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435H

Taqqaballahu minna wa minkum..

Walaupun dah hari raya yang ke-8, masih belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua kenalan blog Notre Belle Histoire.. Maklumlah, raya kan sebulan..hihihi..

Alhamdulillah, tahun ini, kami dapat beraya bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan teman-teman di tanah air.. Wihhhuu.. Memang seronok sangat!! Maklumlah dah 4 tahun beraya sebagai perantau kan..

Barulah lebih bermakna raya pada kali ini.. Walaupun ada rasa kekurangan juga sebab keluarga mertua tidak dapat pulang berhari raya di Malaysia, tapi paling tidak, dapat juga melepas rindu bila tengok gambar di WhatsApp kan..

Yang paling best sekali, saya dapat makan Nasi Dagang Spesel dan Ketupat Serunding, air tangan my beloved mother.. Memang makan tak hengat dunia..kikiki.. Hancuss diet ai tauu.. Tapi takpe, Set Kurus Shaklee kan ada.. Lepas ternak badan, kasi detox dan bakar balik lemak-lemak yang berlebihan tuuu..

Oh ya, bercakap pasal Set Kurus ni, saya memang dah makan sejak awal bulan 6 haritu, dan alhamdulillah, dengan takdelah diet bersungguh mana dan exercise pulak dengan naik turun tangga aje.. Tu pon bila rajennn..hihih.. Kekadang, park keta jauuuh sket sebab nak berbriskwaling, saya berjaya turun 4kg dalam masa 2 bulan.. Kira not bad lah kan, dengan kurang exercise dan makan pon takdelah berpantang mana pon, sebab saya ni penggemar kek..kikiki..

Ramai yang tegur saya semasa berhari raya di kampung haritu.. Ada yang gitau, maintain aje.. Dan ada juga yang kata, dah anak 2 pon masih macam anak dara aje..hihihi.. Hati mana yang tak kembang dan berbunga-bunga..

Diorang tak tau, yang sebelum saya amik Set Kurus ni, berat saya 51kg tauu.. Berkat join Projek Selim Melim di Pagi Raya, berjaya juga saya nyah lemak sebanyak 4kg walaupun kekadang terbabas juga.. 

Kali ni, Projek Kurus Dengan Sihat Selepas Syawal akan bermula pada 8 Ogos nanti.. Ada yang nak join? Memang best bila buat sesuatu benda secara berjemaah, nak-nak proses untuk dapatkan berat badan yang diinginkan.. Memang sentiasa perlukan sokongan, dorongan dan motivasi.. Banyak tips-tips untuk turunkan berat badan secara sihat dan efektif dikongsikan dalam group WhatsApp ini nanti.. Bagi yang berminat, boleh PM/WHATSAPP 010 901 8101.

Oh ya, sebelum saya undurkan diri, terimalah gambar kami di hari raya.. Tak silap hari raya ketiga ni.. Dengan serangkap pantun

Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersukaria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan.. :)



Anda peminat Tupperware? Klik SINI

Anda pengguna Shaklee? Klik SINI


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 26, 2014

Our First Vacation.. :)

Hiihihi.. Nak habaq first vacation sejak balik, baru skang dapat pi bercuti-cuti Malaysia.. Tapi taktaulah termasuk dalam kategori bercuti ke tak, coz dalam area Kuantan jugak, bermalam kat rumah sendiri je..hihihi..

Cuma yang speselnya, bercuti secara berjemaah.. Family dari Kelantan ngan KL mai turun Kuantan, tido umah kami, then jalan-jalan bawak pusing Kuantan.. Tapi tu lah, kami pon masih blur-blur lagi kat mane area di Kuantan yang happening, yang menarik untuk dibawa pelancong..kihkih..

Sudahnya kami pi menikmati pemandangan pantai sekaligus main air kat Teluk Cempedak, selepas mencuci poket di East Coast Mall. Kata my sis, menarik pantai di TC, agak bersih, rugi pulak tak bawak baju spare untuk mandi.. Saya pon dah lamaaaa tak mandi pantai.. Makin meriah TC skang eh, macam-macam ada..hihi..

ikah (niece), me & dania, uteh (sis), kak ni (sis) & zahra

dania yang pantang btol kakinya terkena pasir.. 

babai tc.. see u soon..hihi..

Esoknya, pi main air sekali lagi kat Gambang Waterpark.. Mungkin rezeki kami dan beberapa orang lain, terjumpa seorang pengusaha homestay di Permatang Badak yang baik hati (lupa pulak nak amik nama/homestay) yang sudi bagi kupon diskaun, dapatlah beli tiket ngan harga yang lebih murah.. 

Nak bagi review pon, ni 1st vacation kat waterpark, so takleh nak compare.. Tapi okla ngan harga tiketnya dalam RM23-25. Yang best sekali adalah 6 Lane Racer, first time naik memang 'agak' ngeri, tapi bila dah 2-3 kali tu ok daa.. Takut tapi mau gituu..hahaha.. Walaupun cuti sekolah, tapi tak lama pon tunggu turn untuk main adventure slides. Cuma, lane untuk beli tiket tersangatlah panjang dan lamaaaaa.. Ada 3 je kaunter buka awal2 tu, bila nak dekat turn kami, barulah dibuka 2 kaunter lagi.. Kalau boleh untuk masa-masa hadapan, buka banyak-banyak kaunter eh..hiihi..

Ok, tu je weekend kami yang tersangatlah fun..hihih.. Sesekali berkumpul ngan family kan, memang seronok.. 

Cuti sekolah ni uols buat apa?


Anda peminat Tupperware? Anda pengguna Shaklee? Klik SINI

Mencari set pantang/bersalin, KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 11, 2014

New Water Filter in Da House

Salam semua..

Pe habaq? Harap semuanya sihat sejahtera.. Maklumla, skang ni musim jerebu, musim takde air pon yer..huhu..

Kalau kat area Kuantan skang ni, musim demam + batuk.. Kepulan asap aka jerebu akibat hutan terbakar merata-rata skang ni, dah dekat 2 minggu jugakla (ke 3 minggu eh).. Banyak tempat jugakla yang ada kebakaran.. Kesian kat ahli bomba, berkejaran ke sana-sini..

Bagi saya, agak pelik jugakla sebab sana-sini terbakar.. Tak tahu sebab apa, ada orang membakar sampah ke? Buang putung rokok ke? Pembakaran hutan/ tanaman ke?

Ok, back to the topic.. kekeke.. Masa kat Swiss dulu, walaupun boleh minum straight dari pili air, kami tetap beli penapis air.. Sebab ape eh? Mungkin sebab tak biasa minum terus dari pili kot..kekeke.. Tapi lama kelamaan hantam jugak.. So bila balik Malaysia hari tu, kitorang pon mencari lah penapis air jugak.. Nak2 air kat rumah ni boleh tahanlah karatnya (siap ada bekas kaler keorengan gitu kat kettle). Duk ushalah penapis air luar dan dalam rumah..

Perghh, boleh tahan jugak eh harga penapis air ni.. Survey punyer survey, tanya kat orang sana-sini yang pakai penapis air, akhirnya kami beli yang ni untuk dalam rumah..


Harganya memang berpatutan, nak kata lebih murah dalam pasaran pon yer kalau nak banding dengan yang seangkatan dengannya, rasa airnya pon boleh tahan, kiranya mencapai tahap piawaian suami aka Mr. Hadi yang agak particular dalam rasa air, banyak kali jugakla dia sebut. Kagumlah tu...

Nak cuci ngan tukar filter pon senang, sebijik macam kami guna kat Swiss, jenama ajelah yang berbeza.. 

Oleh kerana water filter ni jugaklah, saya register sebagai Shaklee Independant Distributor (SID : 1111613).. So, sape-sape yang berminat, leh hubungi saya 010 9018101.. Ecece, siap promot lagi tu..

Yang penapis luar rumah, saya blom amik gambar lagi, tapi saya amik yang jenis fiber eh namanya, ala.. yang tong tinggi tu.. tak sampai RM700, jenama tak ingat..kekeke.. Tu pon senang nak manage, pulas dan pulas sahaja (backwash, rinse & filter)..hihih..

Okla, tutup bab water filter, now let's have a moment and pray for MH370..


Anda peminat Tupperware? Anda pengguna Shaklee? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 18, 2014

Alhamdulillah.. Kami di Malaysia sudaahhh.. :)

Assalamualaikum semua dan salam satu Malaysia..

Ecece, mentang-mentang dah balik, dah keluar salam 1 Malaysia daa..hihihi.. bukan apa, sonok yang amattt, akhirnya dapat berpijak di tanahair yang senantiasa dirindui ni..

Sampai kat Malaysia bulan 1 haritu lagi, tapi biasalah, baru sekarang dapat bertenang, sebelum ni dalam tempoh bertendang lagi..hihih.. mana nak settle pasal rumah, kereta, sekolah & taska anak-anak.. macam-macamlah.. Rumah pon masih dalam keadaan tunggang langgang lagi, masih mencari rentak untuk aturkan kehidupan kat sini, tapi takpe, yang penting dah selamat sampai yer dak.. 

Saya pon dah masuk bekerja semula.. Perasaan? Hmmm.. Bercampur baur, sekejap excited, sekejap malasnye nak kerja..hahaha.. Maklumlah, mind set sebelum balik sini, angan-angannya nak brenti kerja, nak jadi SAHM gituuu, tapi dek kerana tuntutan kos kehidupan, terpaksa hold dulu niat di hati untuk bergelar SAHM.

Nak kata culture shock, takdelah sangat, yang sebetulnya lebih kepada cost shock..hehehe.. Selama ni ingatkan Swiss tu mahal btol living costnya, rupanya Malaysia pon boleh tahan jugak living costnya, untuk sesetengah benda tu, Malaysia lagi mahal dari Swiss..

Okla uols, sebelum saya merapu secara berlebihan, saya out dulu.. Saya pon dah lama tak jengah 'rumah' kenkawan, maklumlah 'rumah' sendiri pon terbior aje.. InsyaAllah, lepas ni saya akan 'hidupkan' kembali blog kesayangan ni, sekaligus menziarah rumah uols..hehehe..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...