May 30, 2011

ceritaindahkami.com Menerjah M.a.m.a A.d.a.m

Yiihaa, kali ni saya sambung edisi menerjah pula, setelah menerjah Aida Nasirah Punya Story, kali ni tibalah giliran blog Mama Adam untuk digodek-godek, direview oleh saya..ngee.. Peserta terakhir ni..

Nama blog memang catchy, sekaligus memang dah tau blog ini kepunyaan Mama Adam. Saya suka dengan warna tema blog ini, nampak jelas mana satu sidebar dan entry. Header pon comel sangat. Ceria gitew.. I loikee.. 


Actually, tak banyak yang saya boleh komen, sebab blog Mama Adam ni dah cukup comey dah, dari segi widget, semua dah tip top.. Cume, kalau yang boleh saya nak syorkan pon, mungkin part sebelah shoutbox tu, agak kosong sedikit. Mungkin Aanie boleh letak labels ataupun perbesarkan shoutbox tu bagi memenuhi ruang di sebelah tepi. Kalau nak letak labels, saya syorkan Aanie letak scroll box.


Dan mungkin Aanie boleh buat sesuatu dengan gambar-gambar Adam kat sidebar tu, supaya seimbang dengan sidebar sebelah tepi tu, samaada Aanie letak scroll box ataupun mungkin letak juga gambar Adam di sidebar lagi satu. Tapi yang ni takdela penting sangat, cuma nak bagi nampak lagi kemas dan cantik je.. Kalau tak ubah pon ok aje..ngee..

Rasanya itu aje ler kot yang boleh saya review pasal blog Mama Adam, yang lain memang dah tip top sangat dah.. Maklumlah Mama Adam ni memang prihatin pasal appearance blog ni..ngeee.. Meh kita tengok 2 entri terbaik bagi blog M.a.m.a A.d.a.m yang juga merupakan seorang yang tegar dalam join contest dan giveaway..

p/s : Dah pon habis sesi terjah menerjah bab pertama ni.. Tangan dah gatal nak buat segmen baru pulak ni.. Ada idea tak nak buat segmen ape? Ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Ujian Pap Smear | Uols pernah buat?

Hehehe, kali ni pasal kewanitaan pulak iaitu mengenai ujian Pap Smear.. Yang lelaki, nak ambil tahu pon boleh, mana tahu suatu hari nanti memerlukan  ilmu pengetahuan ni untuk diceritakan pada isteri ke kann..ngee..

credit

Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
    • Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
    • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
    • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
    • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
    • Perokok
    • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya. 

credit : KPMC Puchong

Ha, bercakap pasal ni, saya tak pernah buat ujian. Kenapa? Hmm, kalau nak kira banyak alasannya, antaranya lepas kahwin, takdan berapa bulan dah pregnant, pastu mai Swiss pulak, nak buat kat Swiss segan kalau-kalau dapat doc atau nurse lelaki, jawabnya balik ni baru nak buat..agagaga.. Tapi sebenarnya masih takut-takut dan segan lagi ni..agagaga.. Maklumlah, walaupun nurse or doc perempuan yang cek, still segan gak kan..agaga.. Masa beranak haritu lain, sebab dah sakit kan, tak kesah dah..

Tapi nak tak nak, kena buat jugak kan, lagipun ni melibatkan kesihatan diri kan.. Takkan kerana segan, kita nak compromise our health kan, lebih baik mencegah daripada berubat..huhu.. Dan mintak jauhlah daripada penyakit kanser ni kan.. Antara pembunuh utama wanita masa kini ni..huhu..

Uols pernah buat ujian Pap Smear ni? Mehla share kat sini, sakit tak? Agagaga.. Kalau ikutkan yang saya kopipes sebahagian isi dari sini, ianya tidak menyakitkan, tapi nakler jugak tahu pengalaman uols kan..
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

p/s : Dalam mode berdebar nak buat test ni.. Padahal tak buat appointment lagi..agagaga.. Sapa yang pernah buat kat JB ataupun Kelate, mehla suggest hospital mana yang besh untuk buat ujian ni..agaga


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...